Thursday, March 26, 2015

Pesta buku dan saya


Semasa di pesta buku, saya merasai pelajar yang berada di situ adalah orang yang menyukai buku, mereka mencari buku yang mereka sukai, membuka buku-buku dengan lembut, berbincang kandungan buku dengan kawan, membeli buku dan sebagainya.

Buku ini saya terdapat dari pesta buku. Sebagai seorang pelajar ekonomi, saya tertarik oleh buku ini sewaktu saya berada di pesta buku. 'Principles of economics' adalah subjek yang wajib diduduki oleh pelajar UUM. Buku ini boleh membantu kita menjawab soalan-soalan yang dihadapi dalam subjek ini. Buku ini telah membantu saya mengimbas kembali beberapa formula, teori-teori yang telah saya lupai. Banyak perkara yang dihadapi bukannya kita tidak tidak boleh selesai, ia adalah kita telah melupai apa yang telah belajar dahulu, kita telah lupa akarnya atau asasnya. Sebenarnya, apabila kita berfikir mudah, kita akan dapati perkara yang dihadapi boleh diselesaikan dengan mudah.

Pesta buku ini telah membawa kebaikan kepada pelajar-pelajar. Buku-buku dijual dengan harga yang berpatutan telah meringankan bebanan kita. Saya percayai ilmu akan mengubah kehidupan kita.